WAJIB ke majikan swasta ambil cuti mengundi 18 & 19 November ni?

Petang tadi, Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan bahawa 18 & 19 November ini telah diumumkan sebagai cuti umum Persekutuan bagi memudahkan warga Malaysia untuk mengundi.

Cuti ini diberikan untuk memudahkan mereka yang tinggal jauh daripada tempat mengundi supaya dapat pulang tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Bagi majikan swasta, terdapat kekeliruan berkenaan perkara ini. Adakah mereka patut berikan cuti, adakah perlu diganti atau tidak perlu mengambil cuti tersebut?

Mudahnya begini. Bagi satu-satu pengumuman berkaitan dengan cuti, sekiranya diumumkan oleh pihak Persekutuan, iaitu Perdana Menteri ataupun Ketua Setiausaha Negara, maka ia jatuh dalam kategori Cuti Wajib kepada semua majikan swasta dan juga kakitangan Kerajaan.

Manakala, bagi cuti-cuti yang diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri, maka ia tidak menjadi kewajipan kepada majikan swasta untuk mengambil cuti tersebut.

Tetapi, bagi kakitangan kerajaan, boleh mengambil cuti tersebut.

Sebagai contoh, cuti-cuti diperingkat Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ataupun Ketua Setiausaha Negara, antaranya adalah sebagaimana cuti pada 18 & 19 November, iaitu cuti bagi tunaikan tanggungjawab mengundi.

Ataupun lagi satu contoh. Malaysia memenangi pertandingan sukan. Contohnya, Malaysia memenangi Piala Tomas. Ataupun Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki satu ketika dahulu. Maka, Kerajaan mengisytiharkan cuti sebagai menghargai kejayaan tersebut.

Itu dikira cuti wajib. Semua majikan WAJIB mengambil cuti tersebut.

Tapi kalau diperingkat Negeri, contohnya, Negeri Johor memenangi Liga Super, Johor memenangi Piala Malaysia, itu adalah cuti yang diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri ataupun Menteri Besar Negeri.

Itu tidak dikira sebagai cuti wajib bagi majikan swasta.

Pelaksanaan cuti ini pula, bagi majikan-majikan yang memang bertindih cuti 18 & 19 November tersebut dengan hari rehat mereka, maka akan dapat tambahan satu hari cuti pada hari berikutnya.

Tetapi sekiranya tiada pertindihan berlaku, contohnya hari rehat adalah pada 16 November, maka tiadalah penggantian cuti diberikan.

Dari segi cara bayaran pula, sekiranya pekerja diminta untuk bekerja pada hari tersebut, kadar bayaran yang perlu dibayar kepada pekerja adalah 2 kali gaji. Hal ini disebabkan kedua-dua tarikh cuti tersebut merupakan hari kelepasan Am, iaitu cuti umum rasmi yang WAJIB diambil oleh majikan.

Maka dengan itu, bayaran dibuat pada kadar 2.0.

Semoga info ini bermanfaat. Selamat bercuti dan selamat menunaikan tanggungjawab mengundi.

Semoga Malaysia menuju kearah negara yang cemerlang.

********************************************************************************************************************************

Sebagai Bisnes Owner, ilmu pengurusan bisnes dan staf ni sangat penting.

Contohnya, cuti ni wajib diambil atau tak. Kalau tidak, Bisnes Owner main ambil je semua cuti yang ada dan bagi cuti berbayar kepada pekerja. Dah tanggung rugi dekat situ.

Jadi sebenarnya, dalam pengurusan staf ni, bukan sekadar berkenaan cuti sahaja semata-mata, ada banyak lagi yang Bisnes Owner WAJIB tahu.

Apa kata kami bantu anda dalam program Founder Blueprint, dimana kami akan sharekan strategi rahsia nak kembangkan bisnes dengan pengurusan team yang betul.

Grab OFFER Super Early Bird untuk 100 orang terawal sahaja!

Klik link dibawah untuk DAFTAR SEKARANG:

https://pakarhr.com/founder-blueprint/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top