
Ye, ia adalah skim dari KWSP.
.
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
.
Konsep atau kemudahan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
.
Rasional Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
b) Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
c) Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
d) Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
.
GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI DAN TIADA PENDAPATAN TETAP
Antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap adalah:
• Petani/ nelayan/ pemandu teksi
• Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
• Baby-sitter
• Ejen menerima komisyen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
• Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding)
• Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
• Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
• Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
• Surirumah
• Pekerja Berpencen
.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
a) Warganegara Malaysia
b) ‘’Orang Yang Bekerja Sendiri” ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M).
.
AHLI YANG MENCARUM DI BAWAH ‘’CARUMAN BEKERJA SENDIRI”
Ahli perlu membuat permohonan pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M) terlebih dahulu dan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
.
Tapi harus diingatkan bahawa seorang pekerja bergaji tetap tidak boleh menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan tidak layak untuk menerima sumbangan Kerajaan.
.
Sumber Artikel & Gambar : KWSP