3 resepi rahsia KFC berjaya jadi fast food yang paling popular

KFC

“Bagaimana KFC bangkit dari 1,009 kali gagal dan berjaya jadi antara syarikat Fast Food yang paling popular..”

Kalau cakap pasal KFC, mesti kita akan ingat ayam goreng yang sedap dan rangup, sampai rasa tak ada ayam goreng yang lebih sedap.

Pernah terfikir macam mana KFC boleh jadi syarikat Fast Food yang popular dan kekal sustain sampai sekarang?

Colonel Sanders , Founder KFC berjaya wujudkan KFC pada usia yang lewat , 65 tahun . Tapi umur bukan penghalang . Beliau berusaha bangunkan KFC walaupun ditolak 1009 kali . Kini KFC dah ada lebih 25000 restoran di 147 negara .

Ini 3 resepi kejayaan KFC terus berkembang di seluruh dunia

1.Ada value syarikat yang kuat

Dari makanan hinggalah restoran KFC , mereka sentiasa sediakan servis terbaik kepada pelanggan . Berpegang pada originality dari asal usul KFC , mereka berjaya hasilkan ayam goreng yang digemari ramai dan bertepatan dengan selera tempatan . KFC berjaya ambil hati pengguna tempatan dengan sediakan resepi bercitarasa tempatan seperti Chizza , Veg Zinger dan banyak lagi . KFC juga hasilkan banyak lagi inovasi dan penambahbaikan menu supaya bersesuaian dengan keadaan semasa .

2.Kekalkan motivasi team

KFC sentiasa motivasikan team dengan cara sediakan program insentif dan sistem reward yang adil . Mereka juga sentiasa tawarkan bonus berdasarkan prestasi team

Bukan tu je , mereka kekalkan prestasi team dengan sediakan training untuk barisan manager dan juga team lain supaya mudah mereka bekerja sebagai satu ‘team’

3.Fokus pada matlamat yang jelas

Colonel Sanders tetap pilih ayam sebagai hidangan utama walaupun hamburgers jadi rebutan ramai masa awal buat bisnes dulu . Hasilnya , beliau berjaya cipta ‘resepi rahsia’ ayam goreng KFC dan bangunkan franchise sendiri . Keunikan rasa ayam goreng KFC dan inovasi yang dibuat berjaya buat KFC terus luaskan empayar di seluruh dunia .

……..dan ada banyak lagi rahsia kejayaan KFC yang buatkan mereka sustain dan grow

Ikuti media sosial kami untuk tahu lebih lanjut mengenai Pengurusan Team dan ilmu leadership yang lebih efektif :

Facebook : Pakar HR

Instagram : pakar_hr

Tiktok : pakarhr

Telegram : PakarHR Channel

Twitter : PakarHR_

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top