7 pindaan utama dalam Akta Kerja Bisnes Owner WAJIB tahu!

Akta Kerja
Memandangkan ada beberapa pindaan yang berlaku dalam Akta Kerja 1955, ramai Bisnes Owner yang terkesan, lagi-lagi daripada segi kos.

Sebab tu, kita sebagai Bisnes Owner WAJIB tahu semua pindaan Akta Kerja yang berlaku dulu supaya tak terlepas pandang dan boleh buatkan bisnes kita rugi.

Kami sharekan 7 pindaan utama yang Bisnes Owner WAJIB tahu

1)Waktu kerja seminggu dihadkan kepada 45 jam

Waktu kerja 48 jam dihadkan kepada 45 jam sahaja . Malah , pekerja boleh bekerja dengan waktu yang fleksibel .

2) Cuti bersalin dipanjangkan kepada 98 hari

Cuti bersalin dari 60 hari ke 98 hari

3) Cuti sakit dan hospitalisasi

Gabungkan cuti sakit berbayar selama 4 , 8 atau 22 hari dengan cuti hospitalisasi selama 60 hari

4) Cuti paterniti ( cuti untuk suami untuk bantu isteri baru bersalin ) selama 7 hari

Syaratnya , pekerja tersebut hendaklah bekerja dengan majikan selama 12 bulan

5) Pengiraan gaji tak lengkap bulan

Berdasarkan calendar of month dan bukannya 26 hari

6)Hak wanita hamil tetap di jawatan yang sama

Tak boleh sesuka hati pecaat atau buang pekerja wanita hamil sekiranya mereka tak langgar 3 perkara yang boleh buat penamatan : langgar syarat kontrak kerja , masih buat tindakan salah laku selepas diberikan surat amaran dan syarikat terpaksa ditutup akibat muflis .

7)Notis kesedaran gangguan seksual

Majikan diwajibkan untuk tampal notis tentang kesedaran gangguan seksual di tempat kerja .

Antara pindaan utama yang lain ialah :

  • Pembayaran upah melalui bank / cek atau tunai
  • Larangan diskriminasi dalam pekerjaan
  • ;Larangan buruh paksa
  • Kontraktor untuk buruh mesti mengadakan kontrak dengan prinsipal
  • Anggapan pekerja dan majikan
  • Kuasa tambahan Mahkamah Majistret dan pelanjutan tempoh rayuan
  • Tempoh perantisan minimum 6 bulan dan maksimum 24 bulan

Ikuti media sosial kami untuk tahu lebih lanjut mengenai Pengurusan Team dan ilmu Leadership yang lebih efektif:

Facebook: Pakar HR
Instagram: pakar_hr
Tiktok: pakarhr
Telegram: PakarHR Channel
Twitter: PakarHR_

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top