Syok hire staf, tapi tak pernah inform JTK? Bila dah hire staf ni, mula terfikir-fikir nak beritahu JTK ke. Risau kalau tak buat, kena saman pula. Jadi, nak ambil pekerja kena bagitahu JTK ke?
Sebenarnya, perkara utama yang Bos perlu risau bukan JTK je, tapi bila nak hire staf tak mengikut Akta.
Jadi, berikut adalah jawapan kepada persoalan yang sering dihadapi oleh Bisnes Owner.
Perlu Maklumkan pada JTK Berdasarkan Akta Kerja 1955
Dalam Akta Kerja memang ada kewajipan untuk majikan memaklumkan kepada JTK apabila mereka ambil pekerja. Walau bagaimanapun, dalam Akta Kerja sendiri ada beberapa Klaus yang tidak dikuatkuasakan secara mandatori.
Maksudnya tak semestinya kalau anda tak laporkan kepada JTK ni merupakan satu kesalahan.
Semoga membantu anda!