fbpx

Team Asyik Buat Masalah, Ini 3 Tips Efektif Untuk Urus Team

Team asyik buat masalah, tapi asyik fikir bagi warning letter je? Nanti dulu, ini 3 tips efektif untuk urus Team!


Dalam waktu Pandemik ni, dah la stress nak kena fikir pasal bisnes, lagi bertambah-tambah stress bila staf selalu nak buat hal.


Ada yang suka minta MC tanpa bukti kukuh, ada yang ikut suka datang lambat, ada juga yang bila minta kerja tak pernah siap.


Ada 3 tips mudah yang kami nak kongsikan untuk anda UPGRADE ILMU urus team yang bermasalah supaya mudah nak bina Winning Team.

1. Kena Ada Polisi/Peraturan Dalaman Syarikat

Bila ada polisi, team akan tahu sesuatu itu dikira sebagai kesalahan ataupun tak. Anda tak boleh anggap perkara ini sebagai COMMON SENSE. No! 

Anda mesti kena ada satu dokumen yang menyatakan itu adalah satu kesalahan.

2. Ambil Tindakan Record & Catat

Kenapa? Bila sesuatu kesalahan itu asyik berulang tanpa rekod atau catatan, ia akan menyebabkan team ambil ringan. Jadi, tidak berlaku pencegahan terhadap kesalahan itu.

3. Ambil tindakan berdasarkan Akta & Undang-Undang

Bila staf buat masalah, ini antara tindakan yang anda perlu elakkan:

X terus buang

X terus maki & marah

X terus bagi warning letter

Sebenarnya, ada step-by-step nak urus sebelum anda buat tindakan mendadak. Kami harap 3 Tips ni dapat bantu anda semasa menguruskan Team!

RELATED POST