SEBANYAK 35 kompaun berjumlah RM20,500 dikeluarkan dalam Ops Kesan yang dijalankan sekitar Sungai Petani, bermula 2 Mac.
.
Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sungai Petani, Shukri Mohamad Daud berkata, “Daripada jumlah itu, sebanyak 35 kompaun dikeluarkan kerana majikan gagal mendaftarkan pekerja dalam tempoh diberikan, serta gagal mendaftar perusahaan,”.
.
Pihaknya mendapati antara alasan yang diberikan majikan yang gagal mendaftar pekerja adalah disebabkan pekerja masih di dalam tempoh percubaan.
.
Tiada takrifan tempoh percubaan bagi kita, setiap majikan yang gagal mendaftar pekerja dalam tempoh 30 hari akan dikenakan tindakan.
.
Boss perlu mendaftar PERKESO pada semua pekerja tidak kira ia masih dalam tempoh percubaan kerana ia adalah wajib. Jika tidak boss akan dikenakan tindakan kompaun.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
Sumber Artikel : Harian Metro