Bila bisnes nak grow ni, mesti makin ramai staf.
Tapi bila dah ramai staf, kadang-kadang anda tak sedar pun makin banyak masalah.
Masalah staf ni lah yang boleh jadi punca bisnes anda stuck..
1.Staf Yang Selalu “Blur”
Staf yang selalu cakap “saya tak tahu” “apa nak kena buat”? boleh jadi masalah besar kepada team anda.
Mereka selalu nak arahan specific, sebab mereka rasa selamat bila buat macam tu.
Macam mana nak handle?
Bila staf macam ni minta arahan yang sangat spesifik atau tanya apa yang kena buat untuk handle sesuatu isu, anda kena bagi respon yang memaksa mereka fikir sendiri.
2. Staf Yang Takde Motivasi
Ada staf yang hebat bila mula kerja, tapi tak pandai nak selesaikan kerja/ projek tu sampai habis.
Macam mana nak handle?
Anda kena terapkan budaya akauntabiliti kerana ia penting untuk kejayaan individu pekerja anda.
Kejayaan individu adalah penting untuk tingkatkan keseluruhan prestasi team.
3. Staf Kaki Gosip
Gosip ini adalah satu kesilapan staf yang paling besar, sebab boleh rosakkan hubungan kerja yang baik.
Gosip pun boleh kurangkan tahap keselesaan dekat tempat kerja.
Macam mana nak handle?
Kalau tabiat bergosip ni dah jadi virus dalam team anda, anda kena jelaskan gossip ni tak boleh diterima.
Galakkan semua orang untuk face to face dengan orang yang mereka ada masalah daripada bercakap belakang mereka.
…dan banyak lagi kesilapan staf yang kadang-kadang anda terlepas pandang.
Jangan sampai anda simpan staf bermasalah lama-lama, risau ia akan jadi punca utama bisnes anda stuck.
#PakarHR #HRKonsultant #HRTips
#HRJantungBisnes
#TipsPakarHR