[Updated Info Terkini : Gaji Pekerja Wajib Dibayar Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan]

Majikan perlu membayar gaji pekerja seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac ini. Menurut Firdaus Zakaria, peguam sumber manusia, pekerja bekerja seperti biasa cuma bekerja dari rumah dan ianya bukan pelepasan cuti.
.
Bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan di rumah seperti operator pengeluaran, pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
.
Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja untuk berada di rumah.
.
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes

Sumber Artikel: Astro Awani

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top