Staf berhenti kerja 24 jam, 3 tips yang majikan perlu buat adalah :
- Kirakan jumlah yang perlu dibayar oleh staff kepada majikan
Di dalam offer letter,m syarikat telah menyenaraikan bahawa staf perlu membayar pampasan dan jumlah yang perlu dibayar oleh staff jika membuat penamatan secara 24jam.
- Keluarkan notis tuntutan bayaran kerana resign 24jam
Notis tuntutan adalah surat yang dikeluarkan oleh pihak syarikat kepada staff untuk meminta bayaran tuntutan / ganti rugi atas pemberhentian 24jam yang dilakukan oleh staff. Hal ini kerana tuntutan yang dibuat tidak boleh secara lisan kerana perlu ada dokumen sebagai bukti.
- Laporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk tindakan lanjut
Jabatan Tenaga Kerja mampu mengeluarkan saman kepada pekerja sebagai pengajaran kerana staf melanggar kontrak perkhidmatan yang diberikan kepada mereka.