Semua majikan yang beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak memohon Program Subsidi Upah 3.0, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata, ia antara inisiatif kerajaan dalam menambah baik program itu yang membabitkan peruntukan RM1 bilion dan dianggarkan akan memberi manfaat kepada 250,000 majikan menggaji lebih 2.6 juta pekerja.
Oleh itu, majikan perlulah mengambil peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan ini untuk terus menjalankan perniagaan walaupun dalam suasana mencabar ini iaitu semasa era Covid-19 ini.
Sumber : Metro Harian