Sejarah Hari Pekerja yang Tak Ramai Tahu

(Rahsia disebalik Hari Pekerja, bukan sekadar cuti umum..)

Setiap kali masuk 1 Mei kita akan cuti satu hari untuk menyambut Hari Pekerja

Tapi, adakah anda tahu kenapa kita sambut Hari Pekerja pada 1 Mei?

Pada asalnya, ia digelar ‘Hari Buruh’ yang merujuk kepada perkataan ‘Buruh’ atau ‘Labour’ dalam BI yang dikaitkan dengan pekerjaan yang menggunakan kudrat dan tenaga manusia secara manual.

Sejarah Hari Pekerja atau ‘May Day’ diwujudkan bagi memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat.

Perkembangan ekonomi Barat yang bergantung harap kepada pemodal kapitalis (pemilik kilang) menjadikan kerajaan lemah

Hal ini kerana mereka mengamalkan sistem ekonomi ‘laissez faire’ yang menghalang campur tangan aktif kerajaan dalam aktiviti ekonomi dan pasaran.

Akibatnya, pemodal menguasai ekonomi dan ambil kesempatan ke atas pasaran buruh dengan cara macam mana?

Mereka mengeksploitasi buruh supaya bekerja lebih masa dengan kadar upah yang rendah semata-mata untuk maksimumkan keuntungan.

Pekerja kilang dipaksa bekerja 12 – 14 jam, dan ada yang sampai 16 jam sehari. Tiada hari cuti.

Perkara ini makin serius bila pemodal sanggup gunakan buruh wanita & kanak-kanak sehinggakan ia menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.

Disebabkan itu, para buruh terutamanya pekerja kilang bangkit mendesak supaya hak pekerja dijaga

Mereka mula dengan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut hak bekerja 8 jam bekerja sehari dan cuti rehat seminggu sekali, serta dibayar upah yang setimpal.

Kemuncak kepada perjuangan buruh itu sudah tentulah dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket (Haymarket Affair) di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886.

Kemuncak kepada perjuangan buruh itu dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket (Haymarket Affair) di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886.

Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian.

Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day (sambutan Hari Mei) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh.

Begitulah hebatnya sejarah perjuangan para buruh dalam memperjuangkan hak mereka dan kita hari ini sebagai pekerja.

Kini, Hari Buruh dipanggil Hari Pekerja sempena mengambil kira bahawa mereka yang bekerja ‘makan gaji’ itu juga adalah buruh kerana sifat umum seseorang buruh pada masa dahulu ialah menerima upah daripada hasil pekerjaannya.

Bersempena hari ini, marilah kita sama-sama merenung kembali matlamat asal kepada sambutan Hari Pekerja diwujudkan. Hari ini bukanlah untuk bercuti semata-mata.

Ia diwujudkan untuk mengenang perjuangan menuntut hak dan kesaksamaan satu kelompok yang bernama pekerja.

Selamat Hari Pekerja
‘Gaji Bermaruah, Jaminan Makanan’
Ikhlas daripada PakarHR.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top