1. Tujuan Sistem Insurans Pekerja
– Beri bantuan kewangan segera kepada pencarum yang hilang
pekerjaan iaitu selepas 7 hari disahkan hilang kerja.
– Bantu pencarum mendapatkan pekerjaan baru termasuk dari
segi bantuan mobiliti.
– Memberikan program latihan dan latihan vokasional kepada
pencarum yang hilang pekerjaan.
.
.
2. Siapa yang patut bayar ?
– Semua majikan sektor swasta perlu bayar caruman bulanan
bagi setiap pekerja KECUALI penjawat awam, pekhidmat
domestik dan yang bekerja sendiri.
– Semua pekerja berumur 18 tahun hingga 60 tahun perlu
dicarumkan KECUALI pekerja berumur 57 tahun dan ke atas
serta tiada caruman telah dibayar sebelum mencapai 57
tahun.
– Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji
yang diinsurankan (GYD) RM 4,000.
.
.
3. Pengiraan Kadar Caruman
– Kadar carumannya adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
.
.
4. Siapa yang layak tuntut
– Harus diingatkan, syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi
oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja,
bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.
– Semua pekerja yang diinsuranskan.
.
.
Like & Share yer !
.
#pakarhr
#konsultanhr
#hrjantungbisnesanda
.
Sumber Artikel : MauKerja
Sumber Gambar : Google