-Punca dia apa sebenarnya ye?
.
.
1. Pekerja telah bosan
Purata tempoh maksimum bagi seseorang pekerja berada di sesuatu unit dengan melakukan kerja yang sama adalah 2 tahun. Pekerja muda (gen-Y terutamanya) cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu selepas tempoh tersebut. Majikan harus memastikan pekerja tidak bosan dan mencari cabaran baharu di organisasi lain.
.
.
2. Pekerja hilang kepercayaan terhadap majikan
Tanda-tanda pekerja yang telah hilang kepercayaan terhadap majikan adalah tidak mengikut peraturan, tidak menepati masa, dan mempersoalkan arahan majikan. Ini disebabkan oleh maklumbalas negatif majikan terhadap pekerja. Bagi mengatasi masalah ini, majikan perlu melibatkan pekerja dalam pembuatan keputusan, memberi lebih maklumbalas yang positif, memberi ganjaran kepada hasil kerja yang baik, dan menjadi contoh teladan.
.
.
3. Masalah komunikasi
Masalah komunikasi antara majikan dan pekerja mengakibatkan pekerja hilang fokus terhadap matlamat organisasi dan perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi. Antara punca masalah komunikasi adalah kerana pekerja tidak digalakkan untuk meluahkan pandangan atau idea mereka.
.
.
4. Tidak memberi pengiktirafan yang sewajarnya
Majikan sering menegur kesilapan pekerja tetapi jarang untuk memuji pekerja yang berprestasi tinggi. Bahkan rakan-rakan sekerja juga perlu diberitahu mengapa seorang pekerja yang baik diberi pengiktirafan. Ini membolehkan pekerja yang baik itu mendapat penghormatan dari rakan-rakan sekerjanya yang lain.
.
.
5. Kurang maklumbalas
Majikan seringkali gagal berbincang tentang prestasi kerja bersama pekerjanya. Justeru, pekerja tidak tahu sama ada hasil kerjanya menepati kehendak dan sasaran majikan. Majikan sewajarnya berjumpa secara berkala dengan pekerja untuk memberi maklumbalas.
.
.
6. Kemudahan tidak lengkap
Tiada printer, tiada laptop, tiada software atau tiada talian internet. Ini adalah Antara keperluan di pejabat yang tanpanya boleh mengakibatkan seorang pekerja hilang tumpuan bekerja, dan seterusnya menurunkan prestasinya.
.
.
7. Tiada peningkatan kerjaya
Kadangkala jawatan adalah terhad dan ini menghadkan peluang kenaikan pangkat. Namun, majikan boleh menghakupayakan pekerja dengan tanggungjawab kepimpinan, memberi peluang kepada pekerja membimbing pekerja lain dan memberi pendedahan kepada latihan kepimpinan untuk menggilap bakat kepimpinan.
.
.
8. Tiada ganjaran kewangan
Pekerja muda amat mementingkan ganjaran kewangan dalam zaman yang mencabar ini. Walaupun pihak majikan mungkin mempunyai kekangan sumber kewangan, pelbagai cara lain boleh difikirkan untuk tidak menghampakan pekerja. Majikan perlu berbincang dengan pekerja untuk mencari alternatif kepada ganjaran kewangan.
.
.
Tips PakarHR
-Syarikat-syarikat terbaik di Asia adalah yang paling memudahkan proses dengan hasil yang optimum. Islam juga melarang umatnya menyukarkan sesuatu perkara yang boleh dipermudahkan. Mudahkan pekerja mendapatkan apa yang mereka perlu, dan pekerja akan mempermudahkan syarikat mencapai matlamat.
.
.
Like & Share
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRoutsource
.
Sumber Gambar : Google