[PKP: Majikan Diberi Amaran Tidak Potong Gaji Pekerja]

Majikan diberi amaran untuk tidak memotong gaji pekerja atau memaksa pekerja mengambil cuti tahunan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
.

Kementerian Sumber Manusia menyeru kepada semua majikan dan pekerja di bawah essential services dan non-essential services yang telah dikeluarkan oleh pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.
.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan juga mengulangi ketegasan bahawa Program Pengekalan Pekerjaan atau ERP yang dilaksanakan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bertindak sebagai bantuan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam bentuk faedah bantuan kewangan sementara dan perkhidmatan pekerjaan.
.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top