| PERKESO BURU MAJIKAN GAGAL DAFTAR, CARUM PEKERJA MENJELANG OGOS |
Kerajaan memberikan tempoh sehingga Ogos depan untuk majikan mendaftarkan pekerja mereka dan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran menegaskan Perkeso akan melancarkan kempen di seluruh negara menerusi Op Kesan untuk memburu majikan yang gagal mematuhi syarat tersebut pada tempoh masa ditetapkan.
Majikan yang gagal akan berdepan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali.
Berdasarkan rekod Perkeso, sehingga Disember 2017 terdapat seramai 6.8 juta pekerja aktif di seluruh negara melibatkan 435,802 majikan yang berdaftar dengan pertubuhan itu.
Pada tahun 2015 sebanyak 1,464 majikan masih gagal berdaftar, 2016 (1,608 majikan) dan tahun lepas mencatatkan 1,544 majikan, katanya.
* Sumber asal dari Bernama dan artikel ini dipetik dari http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1470636
.
.
Like & Share
.
Follow telegram PakarHR Channel https://t.me/PakarHRChannel untuk nota & tips HR yang ringkas & padat.