Penambahbaikkan Skim dan Polisi KWSP 2018

KWSP menjangkakan majoriti ahli akan berhadapan dengan cabaran dalam persediaan persaraan mereka berikutan perubahan demografi yang mendadak di Malaysia dan di serata dunia, selain kemunculan revolusi perindustrian. Oleh itu, inisiatif penambahbaikan ini adalah usaha KWSP untuk memenuhi perubahan dalam keperluan dan jangkaan ahli.
.
Penambahbaikan yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018 adalah:
.
.
*Pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah*

– Ahli diberi pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) 
sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah kepada 
simpanan KWSP mereka bagi memudahkan pengagihan 
simpanan kepada waris terdekat apabila ahli meninggal dunia. 
Ini boleh memberi manfaat terutamanya kepada ahli yang 
mempunyai anak di bawah umur 18 tahun. Pilihan ini adalah 
tambahan kepada hak sedia ada ahli untuk melantik mana-
mana individu sebagai penama.
.
*Penambahbaikan ke atas pilihan pembayaran pengeluaran umur 55 dan 60 tahun*

– Polisi pengeluaran umur 55 dan 60 tahun telah ditambah baik 
dan dipermudahkan bagi membolehkan ahli membuat 
pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila 
masa dari akaun KWSP mereka, berbanding polisi semasa 
yang hanya membenarkan pengeluaran tidak kurang daripada 
RM2,000 setiap 30 hari. Selain itu, ahli juga boleh membuat 
pengeluaran serendah RM100 sebulan, berbanding RM250 
dalam polisi terdahulu. Bagi membantu ahli merancang 
keperluan persaraan jangka panjang dan membuat anggaran 
jumlah dan kekerapan pengeluaran yang baik, KWSP 
menggalakkan ahli untuk menggunakan Khidmat Nasihat 
Persaraan yang disediakan secara percuma di 18 cawangan 
seluruh negara.
.
*Polisi pengeluaran fleksibel sehingga umur 100 tahun*

– Polisi pengeluaran fleksibel, yang membolehkan ahli membuat 
pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila 
masa, dilanjutkan kepada umur 100 tahun daripada had umur 
semasa 75 tahun. Ahli juga boleh memilih untuk membuat 
gabungan pengeluaran sebahagian dan bulanan. 
Penambahbaikan ini adalah selaras dengan pelanjutan tempoh 
pembayaran dividen daripada umur 75 tahun ke 100 tahun.
.
*Melanjutkan bantuan kematian dari umur 55 tahun ke 60*

– Bantuan kematian semasa sebanyak RM2,500 yang boleh 
dituntut oleh waris terdekat sekiranya ahli meninggal dunia 
sebelum umur 55 tahun, kini dilanjutkan kepada umur 60 
tahun. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan umur 
persaraan minimum iaitu 60 tahun.
.
Sumber Artikel : KWSP
.
Sumber Gambar : Google

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top