Kalau masa kita belajar dulu ada ketua kelas, kenapa masa kita buat bisnes kita tak letak ketua untuk melihat kerja-kerja keseluruhan staf?
Hari ini Pakar HR berjumpa dengan sebuah syarikat untuk bantu mereka nak tentukan siapa kena ikut arahan siapa.
Topik ini kalau diikutkan sebenarnya dalam topik Line of Visibility.
Dari pandangan pekerja, pada siapa dia kena ikut arahan, terima arahan, beri laporan dan pada siapa pekerja nak rujuk.
Dari pandangan BOSS pula, siapa dia nak cari bila ada masalah, siapa nak tanya bila nakkan pandangan, pada siapa yang dia nak bagi arahan, dan paling penting siapakah individu yang dia nak percayakan untuk jalankan syarikat.
Perkara ni kena jelas, baru komunikasi boleh berlaku dengan baik. Semua orang dalam syarikat, dia jelas siapa yang perlukan siapa.
Dari situ baru kita tetapkan apa bidang kuasa berkaitan, siapa buat keputusan apa untuk kerja apa. Tak semua orang boleh campur urusan kerja dalam syarikat melainkan apa yang ditetapkan dan diarahkan majikan.
So, dalam syarikat anda dah ada Line of Visibility? Ke semua kabur sebab BOSS sendiri tak tahu?
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
#HRFastTrack
#PakarHRGoTerengganu