Alhamdulillah selesai sudah Majlis Anugerah Keusahawanan Johor untuk tahun 2020
PakarHR telah terpilih untuk memenangi Anugerah Keusahawanan Negeri Johor 2020 yang disampaikan oleh YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor.
.
Mendapat pengiktirafan di kalangan nama-nama besar yang lain merupakan sebuah kehormatan buat kami.
.
Tahun 2017, PakarHR ditubuhkan dengan tiada apa-apa, yang ada hanyalah impian dan visi intuk membantu usahawan di Malaysia, khususnya di Johor. Ini supaya mereka mempunyai kesedaran betapa pentingnya mengurus manusia/staf/team untuk kembangkan lagi bisnes mereka.
.
Pada awalnya, kami berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran yang sememangnya tidak mampu kami ungkapkan dengan kata-kata.
.
Alhamdulillah berkat doa daripada kedua ibu bapa dan semua yang mempercayai misi dan visi kami, satu persatu kejayaan kami capai
.
Terima kasih juga kepada kerajaan negeri Johor, melalui agensi Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB) yang menghargai dan mengiktiraf segala usaha kami melalui anugerah ini.
.
Ia mungkin kecil pada orang lain, tapi cukup bermakna buat sebuah syarikat kecil seperti kami. Syukur alhamdulillah.
.
Kami dedikasikan anugerah dan pengiktirafan ini kepada semua student-student kami yang pernah mendapatkan sentuhan daripada PakarHR.
.
Tak lupa juga buat pasangan kami, ibu bapa, anak-anak, seluruh ahli keluarga, dan paling utama buat Team PakarHR yang sentiasa komited membantu usahawan tanpa kenal erti penat dan jemu.
.
Terima kasih kepada semua yang menyokong perjalanan PakarHR bermula daripada 22 Mei 2017 sehingga kini, dan seterusnya
.
Semoga Allah menilai semua usaha kita sebagai satu amal ibadah yang akan diberikan ganjaran bukan hanya di dunia, tapi juga di akhirat. In Shaa Allah.
.
Sekali lagi, terima kasih semua