Bagi SME, Key Performance Indicators (KPI) adalah alat penting untuk mencapai matlamat syarikat dengan lebih jelas. Namun, KPI ini sering disalah faham, baik oleh majikan mahupun pekerja, hingga mengganggu prestasi dan hala tuju syarikat. Artikel ini kongsikan tentang beberapa salah faham biasa tentang KPI, kesannya pada SME, dan cara bantu untuk betulkan persepsi ini
Apa Itu KPI?
KPI adalah ukuran prestasi untuk menilai pencapaian sama ada oleh individu atau syarikat. Ianya seperti “kapal yang sedang belayar” yang memastikan syarikat kekal pada landasan yang betul.
Salah Faham Umum Tentang KPI dan Penyelesaiannya
1. KPI Sebagai Alat Menghukum
Salah Faham : Pekerja sering merasakan KPI digunakan untuk menghukum mereka jika sasaran tidak dicapai.
Penyelesaian : KPI bukanlah “senjata” untuk menghukum, tetapi panduan untuk membantu pekerja mencapai prestasi terbaik. Wujudkan budaya terbuka untuk pekerja berkongsi cabaran dan gunakan KPI sebagai alat membimbing untuk penambahbaikan, bukan sekadar kritikan.
2. KPI yang Tidak Realistik
Salah Faham : Majikan kadang kala menetapkan sasaran yang sukar dicapai tanpa mempertimbangkan keupayaan pekeja
Penyelesaian : KPI yang terlalu tinggi boleh melemahkan semangat pekerja. Pastikan sasaran KPI realistik dan sesuai dengan situasi syarikat, serta libatkan pekerja dalam penetapan sasaran untuk memastikan mereka faham dan bersemangat serta mereka rasa penting dalam syarikat.
3. KPI yang Tidak Berkait dengan Matlamat Syarikat
Salah Faham : Kadang kala, KPI yang ditetapkan tidak langsung menyokong matlamat strategik syarikat.
Penyelesaian : Setiap KPI perlu berkait rapat dengan visi syarikat. Pastikan KPI pekerja menyumbang kepada matlamat besar syarikat, dan beri penerangan bagaimana KPI mereka mempengaruhi pencapaian keseluruhan.
4. KPI Tidak Dipantau Secara Berkala
Salah Faham : Majikan hanya ingin fokus pada result KPI sahaja tetapi tidak pernah buat pemantauan prestasi pekerja dari semasa ke semasa.
Penyelesaian : KPI berkesan apabila dipantau secara berkala. Adakan pertemuan bulanan untuk membincangkan pencapaian KPI dan gunakan laporan untuk memastikan semua pihak berada di landasan yang sama.
5. Kurangnya Sokongan dalam Mencapai KPI
Salah Faham : Ada pekerja merasa ditinggalkan tanpa sokongan mencukupi untuk mencapai KPI.
Penyelesaian : KPI yang berkesan memerlukan sokongan seperti latihan dan panduan daripada pengurusan. Pastikan pekerja mendapat sumber dan bimbingan yang mereka perlukan.
Tips Memperbaiki Persepsi tentang KPI di SME
- Jelaskan Apa Itu KPI : Terangkan kepada pekerja tentang pentingnya KPI sebagai alat pencapaian, bukan sebagai hukuman.
- Libatkan Pekerja dalam Penetapan KPI : KPI yang dipersetujui bersama lebih mudah dicapai dan relevan.
- Pantau & Bimbing Secara Konsisten : Maklum balas yang berterusan memastikan KPI kekal relevan dan dapat dicapai.
- Raikan Pencapaian KPI : Pengiktirafan seperti bonus atau ucapan terima kasih atau tahniah boleh meningkatkan motivasi.
- Berikan Sokongan Tambahan : Pastikan pekerja mempunyai alat dan latihan untuk mencapai KPI mereka.
Kesimpulan
KPI penting dalam memastikan SME berkembang dan boleh autopilotkan bisnes. Salah faham tentang KPI boleh membawa ketegangan dan menjejaskan prestasi syarikat mahupun individu. Dengan persepsi yang betul, KPI bukan sahaja membawa kejayaan syarikat tetapi juga membina hubungan kerja yang lebih baik antara majikan dan pekerja.
Kami nak anjurkan Webinar KPI yang bertajuk Bagaimana Lonjakkan Sales Dengan KPI pada 25 November 2024 jam 10 pagi
Webinar ni asalnya tak FREE dan kami nak kenakan yuran sebanyak RM297 untuk seorang. Tapi kali ini kami nak berikan TAJAAN kepada anda sebab majoriti syarikat SME hadapi isu KPI ni.
Jadi kami dengan rendah diri nak ajak anda join Webinar KPI ni untuk kami cuba bantu apa yang termampu. Klik link bawah ni..