4 Perkara Majikan Wajib Tahu Berkenaan Pindaan Akta Kerja 1 September ini

“Ini 4 perkara utama Bisnes Owner WAJIB tahu berkenaan Pindaan Akta Kerja 1 September ni..” ⚠️

Pindaan Akta Kerja 1955 ni semestinya bagi kesan dekat kita semua sebagai majikan.

Ada banyak lagi sebenarnya pindaan yang akan berlaku bermula 1 September nanti..

Ini antara perkara yang majikan wajib tahu…

1.Tiada Limit Gaji RM2,000

Akta kerja lebih melindungi semua pekerja kontrak perkhidmatan tanpa mengira gaji

2.Layak Terima Semua Benefit

Semua pekerja yang bekerja dibawah kontrak perkhidmatan layak terima semua benefit yang ada dalam Akta Kerja (seperti waktu kerja, cuti bersalin, cuti sakit, cuti paterniti dan lain-lain).

3.Kecuali…

Untuk kelayakan OT, kerja pada public holiday dan pemberhentian pekerja sahaja yand ada limit gaji iaitu pekerja yang bergaji hingga RM4,000.

4.Gaji RM4,000 kebawah layak dapat OT

Pekerja yang bergaji RM1,500 hingga RM4,000 layak dapat OT berbanding dengan sebelum ni hanya limit kepada pekerja bergaji RM2,000 dan kebawah sahaja.

#PakarHR #HRKonsultant #HRFastTrack

#TipsPakarHR #HRJantungBisnesAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top