Macamana nak tentukan struktur organisasi yang bagus dalam syarikat?

Adakah dengan main ambil dalam Google dan susun ikut carta yang di’google’kan?

.
Siapa berani jawab soalan ni? Salah jawab, salah rangka struktur organisasi, salah letak posisi yang betul, akan efek pada syarikat dan akan menyebabkan syarikat boleh kerugian sangat teruk walaupun sales syarikat kencang sekalipun.

.
Akhirnya owner bisnes yang salah sebab GOOGLE jer carta organisasi.

.
Bagi Pakar HR, sebelum kami tentukan apa struktur organisasi yang sesuai, kami akan pastikan kami berjumpa dengan owner bisnes, dan juga top management supaya kami dapat gambaran jelas apa jawatan yang penting yang wajib wujud dan apa yang tak perlu. Semua posisi ini melibatkan duit yang majikan perlu keluarkan untuk bayar gaji. Nak letak tu mesti berhati-hati, sebab dari situ baru kita tahu Job Description setiap level dalam organisasi.

.
Bila dah ada struktur organisasi jelas, baru kita faham chain of command ataupun arahan kerja tu datang dari mana, siapa bertanggungjawab pada siapa, siapa kena bagi report pada siapa. Semua ni saling berkait.

.
Kalaulah syarikat tidak ada struktur organisasi yang jelas & tepat, syarikat tu akan ada masalah pekerja yang ada kerja berlebihan, ada yang langsung goyang kaki nampak macam sibuk tapi makan gaji buta, kerja yang sama tapi clash dengan department lain.

.
Silap ramai boss hari ini bila dia tak tahu apa struktur organisasi yang betul & tepat untuk bisnes dia. Dia tak tahu yang template organinsasi yang dia pakai melalui Google tu sekadar contoh yang tidak realisitik dengan bisnes dia.

.
Dari sini, barulah benda lain mudah nak dibina contohnya Standard Operaction Procedure ataupun SOP tu nak dibuat. Barulah kita tahu pekerja mana kena ikut arahan siapa, kerja ini sepatutnya siapa yang buat. Bukan main petik jer pekerja suruh buat perkara-perkara lain. Zalim tu..

.
So sekarang ni BOSS dah nampak ke struktur organisasi sendiri? Ke masih dibayangi Google?

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
#HRFastTrack
#PakarHRGoKelantan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top