“Terbongkar! Rahsia bagaimana Apple jadi antara syarikat paling TOP sekarang!”
Asal sebut je APPLE mesti jadi kegilaan ramai.
Apa-apa produk yang dikeluarkan APPLE lagi-lagi iPhone, mesti semua sold out. Apa-apa yang APPLE keluarkan mesti laku. Dari komputer APPLE pertama pada tahun 1976 sampailah iPhone 14 tahun ini, APPLE secara konsisten bergerak ke hadapan.
Apa rahsia yang jadikan APPLE, sebagai syarikat yang terkenal di seluruh dunia sekarang?
Ini 3 ciri leadership yang mereka amalkan
1. Tetapkan visi yang idealistik
Seperti yang kita kenal Steve Jobs berjaya pulihkan APPLE yang di ambang kejatuhan. Beliau telah naikkan keuntungan syarikat dan kembalikan semula imej APPLE.
Beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan ada visi idealistik, di mana beliau nak hasilkan komputer ni sebagai alat mengubah dunia.
Ini telah membuatkan ramai orang tertarik untuk bekerja dengan APPLE.
2. Ada matlamat yang jelas
“Merekabentuk membangunkan dan membawa APPLE kepada pasaran produk yang lebih bagus”
Inilah matlamat utama mereka. Bukannya untung semata-mata.
APPLE sentiasa pastikan mereka tak hasilkan produk baru yang berbeza dengan produk pesaing, tapi mereka akan pastikan produk yang dihasilkan lebih bagus serta ada kualiti tinggi.
3. Amalkan sikap inovatif
Di APPLE, inovasi bukan hanya mereka tampal di dinding, tapi ia dijadikan cara hidup dalam APPLE.
Mereka bukan setakat berfikir macam mana nak hasilkan produk baru yang lebih bagus, tapi mereka berterusan kenalpastikan strategi untuk tambah baik produk sedia agar menjadi lebih bagus.
Pencipta iPhone telah jadi tanda aras tinggi untuk inovasi. Sikap dedikasi leader mereka untuk cipta budaya telah jadikan APPLE sebagai simbol inovasi.
#PakarHR #HRJantungBisnesAnda
#Leadership #Apple #HRFastTrack