Tidak kira jika organisasi anda hanya beroperasi secara kecil-kecilan ataupun secara besar-besaran, apabila anda melabur untuk kursus yang boleh meningkatkan prestasi pekerja, secara automatik ia akan menyumbang kepada prestasi organisasi anda sendiri sebenarnya. Hal ini kerana, setiap orang memerlukan motivasi dan latihan yang cukup untuk memperbaiki diri prestasi kerja mereka dari masa ke semasa.
Jenis-jenis Latihan
Jenis-jenis latihan juga boleh mempengaruhi pekerja menggunakan apa yang telah mereka dapat daripada kursus yang diberi. Antara contoh-contoh kursus yang biasa diberi untuk pekerja :
- Kursus online
- Kursus Hands-on
- Kursus Formal
Oleh kerana setiap pekerja belajar pada kadar yang berbeza, dan dengan cara yang berbeza, jadi kursus yang berbeza juga diperlukan. Jika mereka berasa tidak sesuai dengan kursus yang diberikan, masih ada pilihan lain yang boleh diberi kepada mereka yang mengikut perkembangan semasa. Oleh yang demikian, latihan atau kursus yang sesuai oleh para pekerja amat diperlukan bagi menjaga kestabilan sesebuah organisasi. Segala keputusan di tangan anda, sanggupkah anda melihat organisasi terus menurun prestasinya, ataupun melihat organisasi anda cemerlang dari masa ke semasa.