[Keluar KWSP Ringankan Beban] .

Pengumuman kerajaan membenarkan pengeluaran caruman Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini boleh dilihat dari dua sudut, iaitu positif dan negatif.

.
Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun. Bantuan KWSP ini sangat diperlukan semua golongan yang menghadapi kenaikan perbelanjaan dan pengurangan pendapatan akibat ekonomi yang makin suram.
.

Pengeluaran itu membantu mereka pada saat genting untuk tempoh setahun, sambil mencari pekerjaan dalam sektor lain yang bersesuaian. Ia juga membantu golongan yang masih bekerja, tetapi tidak mendapat kenaikan gaji pada 2020 ini akibat kegawatan ekonomi, namun majikan mereka masih berupaya membayar gaji penuh.
.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
.

Sumber Artikel : Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top