3 Rahsia Kejayaan Farm Fresh Terus Grow & Sustain!

kejayaan farm fresh
“Ini 3 kunci rahsia kejayaan Farm Fresh grow dan sustain sebagai produk tenusu terbesar Malaysia.”

Dari jual susu dekat pasar malam, kini Farm Fresh berjaya jadi antara produk tenusu terbesar di Malaysia.

.

Setiap bisnes owner ada permulaan yang agak sukar dalam bisnes sebelum berjaya. Begitu juga kisah pengasas Farm Fresh.

Masa awal penubuhan Farm Fresh, mereka terpaksa jual susu dekat kedai-kedai, pasar malam, dan hantar produk guna bas ekspress ke bandar. Susu yang dihasilkan juga diuji rendah kualiti menyebabkan beberapa kali produk mereka gagal.

Ajaibnya sekarang, Farm Fresh berjaya menjadi syarikat pengeluar tenusu pertama negara yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

.

Ini 3 rahsia kejayaan Farm Fresh yang terus berkembang maju…

1) Ada hala tuju yang jelas

  • Farm Fresh fokus pada produk tenusu semula jadi yang segar dan ‘baru diperah’ dari ladang kepada pasaran.
  • Mereka import lembu Australia dan ternak sendiri dari Malaysia untuk pastikan sumber yang digunakan adalah segar dan selamat.
  • Dengan fokus kepada ‘goals’ yang jelas, Farm Fresh berjaya bertahan dalam industri selama lebih 10 tahun dan terus grow.

2) Berani untuk ‘Invest’

  • Farm Fresh berani invest amount yang banyak pada awal penubuhan walaupun bisnes tak stabil.
  • Mereka juga buka banyak peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar
  • Hasil Farm Fresh sentiasa grow dengan adanya team yang berkualiti dan penghasilan produk yang berkualiti.

3) Bina ‘Strategic Planning’

  • Farm Fresh sentiasa berusaha ubah strategi pasaran demi nak sustain dan grow dalam industri.
  • Contohnya, mereka buat inovasi dengan hasilkan susu berperisa tempatan seperti perisa Pisang dan Kurma yang sesuai dengan selera tempatan untuk kekal mendapat tempat di hati pengguna.
  • Mereka juga ambil peluang luaskan pasaran ke media massa dan jadi penaja utama untuk program realiti TV.

…dan banyak lagi Rahsia kejayaan Farm Fresh untuk grow dan sustain dalam industri.

#PakarHR #HRFastTrack

#FarmFresh #HRJantungBisnesAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top