Kadar pengangguran di Malaysia pada bulan Mei lepas mencatatkan 5.3 peratus. Dan menurun kepada 4.7 peratus pada bulan September (2020) walaupun negara kini berhadapan krisis ekonomi dan musibah COVID-19. Ianya juga dijangka menurun kepada 4.5 peratus menjelang Disember.
Oleh itu pihak kerajaan melaksanakan program Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Pihak kementerian juga telah telah memperkenalkan program baharu iaitu Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang berperanan menyalurkan sumbangan kepada pekerja yang menerima cuti tanpa gaji.
Oleh itu, ia akan membantu pekerja kekal relevan terhadap syarikat masing-masing melalui kemahiran yang mereka peroleh melalui program anjuran kementerian seterusnya menangani isu pengangguran akibat pandemik COVID-19.
Sumber artikel : Harakah Daily