Kebanyakan majikan meminta kakitangan mengambil cuti tanpa gaji bagi mengelak senario pemberhentian pekerja secara besar-besaran susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda negara.
.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata,“Cuti tanpa gaji adalah langkah untuk mengelakkan pekerja diberhentikan kerana syarikat memang tidak mampu untuk bayar gaji penuh dalam masa berkenaan kerana tidak ada kerja atau perniagaan turun dengan drastik,”.
.
Semalam, seramai 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad diminta mengambil cuti tanpa gaji susulan Covid-19 yang menjejaskan operasi syarikat penerbangan tersebut.
.
Tawaran program cuti tanpa gaji sukarela itu juga diperluaskan kepada semua kakitangan di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) seperti MAB Kargo, perkhidmatan penyelenggaraan MAB Engineering, Firefly dan MASwings.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
Sumber Artikel : Sinar Harian