Keputusan kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini merupakan langkah permulaan yang sangat berkesan bagi meringankan beban hampir 12 juta pencarumnya dalam menghadapi penularan wabak koronavirus (Covid-19).
.
Perkara itu dapat dimanfaatkan masyarakat bagi mendapatkan barang keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan kadar belanja isi rumah juga mungkin bertambah akibat kawalan perjalanan.
.
Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
.
Sumber Artikel : Sinar Harian