Caruman Perkeso Ke Atas Pemandu Teksi

[CARUMAN PERKESO KE ATAS PEMANDU TEKSI]
.
“Teksi? Grab? Kena carum ke?”…
.
“Penting sangat ke kena carum perkeso?”…
.
Perkeso sangat penting kerana ia dapat melindungi diri dan menjaga kebajikan mereka jika berlaku sebarang kemalangan. Pencarum akan dilindungi dibawah Skim Bencana Kerja dan mendapat faedah termasuk perubatan, hilang upaya sementara, dan faedah pemulihan.
.
Pemandu Teksi dan Grab diwajibkan mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
.
Kegagalan untuk mendaftar akan dikenakan denda sehingga RM 10 000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
.
Daripada hampir 90,000 pemandu teksi dan e-hailing, hanya 4,231 pemandu yang mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri setakat April 2018.
.
Hanya dengan RM150 setahun dan mereka akan mendapat manfaat. Pemandu boleh datang sendiri ke mana-mana cawangan Perkeso untuk mendaftar.
.
#TEKSI #GRAB? Tunggu Apa Lagi? Jom Daftar Perkeso.
.
Like & Share
.
Follow telegram PakarHR Channel https://t.me/PakarHRChannel untuk nota & tips HR yang ringkas & padat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top