Semakin banyak syarikat yang dah mulakan potongan gaji susulan wabak koronavirus (COVID-19).
.
Seperti mana Malindo Air lakukan iaitu mereka meminta staf bercuti dua minggu tanpa gaji dan dipotong gaji 50%.
.
Di Switzerland juga terkesan kerana ada staf malaysia yang terpaksa dipotong gaji.
.
Banyak industri yang terkesan akibat wabak COVID-19 ni yang menyebabkan ekonomi juga semakin tergugat.
.
Rantaian kesan itu kita dapat lihat apabila pusat beli-belah yang dahulunya sesak kini lengang dan pelbagai program yang boleh merancakkan ekonomi terpaksa ditangguhkan.
.
Jadi BOSS diluar sana disarankan untuk melakukan persediaan apa yang mungkin berlaku dimasa akan datang.
.
Bagi yang sudah mempunyai persediaan, maka teruskan dengan perancangan sedia ada tetapi bagi yang masih belum ada segeralah berbuat demikian kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
Sumber Artikel: Sinar Harian