1. Keyakinan Hadir Pada Keraguan Dan Kritikan
– Ia memang satu perkara yang sukar untuk diterima. Anda akan merasakan satu perasaan kecewa dan putus asa. Anda akan lalui fasa-fasa kegagalan kerana setiap kejayaan itu akan lalui beberapa kegagalan wajib sebelum ia dicapai sepenuhnya.
Kritikan dan keraguan boleh dijadikan pemangkin untuk anda berjaya.
Apabila anda paksa diri untuk keluar daripada zon selesa dan cuba untuk merasai perkara-perkara yang sukar sebagai satu bentuk cabaran kepada kebaikan diri, ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap keyakinan diri anda.
.
.
2. Keyakinan Hadir Apabila Anda Telah Mengatasi Sesuatu Cabaran
-Anda akan berasa satu kepuasan apabila berjaya melepasi segala cabaran. Perasaan kepuasan dapat meningkatkan tahap keyakinan diri.
Tidak kira apa jua perkara sukar yang anda sedang alami, anda akan berasa bangga, kuat, dan yakin dalam kebolehan anda apabila anda telah mengatasi halangan itu.
.
.
Tips Pakar HR
-Membina keyakinan diri penting untuk kita terus berjaya dan produktif dalam setiap apa yang kita lakukan.
.
Like & Share ya!
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HROutsource
#TeamPakarHR
Sumber gambar : Google