Bagaimana Kita Nak Genggam Emosi Dan Tawan Hati Pelanggan Kita

-Haa, macam mana tu?
.
.
1. Cepat respon
– Kita pun tahu pelanggan suka maklum balas yang cepat supaya mereka mudah nak buat keputusan walaupun polisi bagi masa tertentu untuk buat maklum balas. Ini menunjukkan syarikat kita ni bagus.
.
.
2. Khidmat pelanggan yang baik
– Kita kena ikut emosi pelanggan yang selalu berubah-ubah. Bila mereka marah tenangkan mereka, bila mereka tak bersemangat bangkitkan semangat mereka. Dengan cara ini buatkan mereka rasa seronok dengan kita.
.
.
3. Sentiasa berhubung
– Pastikan kita sentiasa ingat tentang pelanggan kita dan sentiasa berhubung dengan mereka. Kita juga kena pastikan ada produk baru atau penambahbaik daripada produk sebelumnya.
.
.
4. Sentiasa bantu buat keputusan
– Kita kena mudahkan pelanggan terutama untuk buat keputusan. Kita pun tahu banyak syarikat yang tawarkan produk mereka. Dengan kita membantu mereka sudah pasti mereka akan bantu kita.
.
.
5. “Follow up” selepas pembelian
– Bila pelanggan dah beli produk kita, kita kena tanya sama ada produk kita tu bagus ke tak. Kita kena kenalpasti produk kita perlukan masa yang lama ke tak untuk dapatkan hasil. Kalau ya, terangkan pada mereka supaya mereka selesa dengan produk kita.
.
.
Tips PakarHR
-Tekadkan semangat, fokuskan perhatian dan tenaga anda untuk mencapai setiap matlamat seperti yang anda telah tetapkan. Hadapi setiap cabaran dengan tenang, berhemah dan bersemangat tinggi.
.
.
Like & Share
.
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HROutsource
.
Sumber Gambar : Google

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top