Pasti ramai yang tertanya-tanya apa kelebihan bekerja dengan BOSS wanita. Antara kelebihan bekerja dengan BOSS wanita ialah:
1. Lebih memahami pekerja bawahannya.
Ini adalah salah satu standard kualiti bagi seorang pemimpin yang mesti memahami dengan baik pekerja bawahannya dan mengetahui masalah yang timbul daripada pekerjanya.
2. Kreatif.
Ini membolehkan seorang bos wanita menerima dan mengembangkan idea yang diberikan oleh pekerjanya. Sesuatu yang kadangkala banyak bos lelaki kurang peka terhadap kreativiti dan perhatian yang cukup kepada pekerja.
3. Pendengar yang baik.
Salah satu elemen yang terpenting dalam memimpin adalah kesediaan untuk mendengar masalah pekerja bawahan.
4. Lebih teliti dalam semua perkara.
Pemimpin yang hebat mestilah selalu teliti dalam melihat sesuatu perkara termasuk perincian kerja yang dilakukan oleh pekerja bawahannya. Boss wanita akan lebih berhati-hati dalam melihat peluang yang mungkin memberi kesan yang baik kepada syarikat di masa depan.
5. Semangat juang yang tinggi.
Seorang bos wanita mempunyai semangat juang yang lebih tinggi daripada seorang lelaki. Sebagai minoriti dalam organisasi atau pejabat di sebuah syarikat, kebanyakan wanita mengalami diskriminasi dalam persekitaran yang lebih dihuni oleh Adam. Ini akan meningkatkan keinginan untuk menjadi lebih berjaya dan lebih bermotivasi untuk dapat menyelesaikan semua cabaran dalam pekerjaannya.
6. Mudah membuat keputusan.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa bos wanita lebih jujur dan cepat dalam membuat keputusan daripada bos lelaki yang terlalu memikirkan strategi dan perancangan terlalu rumit dalam jangka masa panjang.