#PakarHRGoTerengganu

Alhamdulillah pagi ini pula Pakar HR membantu syarikat ini untuk develop ataupun merangka deskripsi kerja ataupun Job Description (JD).

Apa yang menarik untuk sesi kali ini, Pakar HR hanya bantu untuk moderate dan beri beberapa soalan untuk keseluruhan team syarikat ini jawab dan Pakar HR bantu untuk guide supaya mereka jawab dengan betul.

Sebelum nak tentukan apa JD dalam syarikat, semua semua lapisan dalam syarikat WAJIB tahu dahulu apa MISI, VISI, OBJEKTIF, VALUE, POLISI, CARTA ORGANISASI.

Tanpa perkara ini, kemungkinan besar mereka tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bila tak dapat jawab dengan tepat, fokus kerja akan lari dan syarikat terpaksa menanggung kerugian kerana bayar gaji pekerja untuk buat kerja yang tak mendatangkan hasil.

Nampak ke nampak perkara ni? Mesti ramai BOSS tak tahu kan perkara ni?

JD yang betul sudah semestinya bukan datang dari Google, bukan datang dari firasat kerja mereka sepatutnya begini dan begitu. Bukan begitu kaedahnya.

Proses ni perlu bermula dari faham perkara asas yang disebut tadi, kemudian pekerja akan melalui beberapa proses dan barulah mereka akan keluarkan senarai JD mereka sendiri berdasarkan apa yang betul yang mereka perlu buat.

Dalam hal ini, setiap pekerja tak boleh main rasa-rasa yang mereka buat kerja ini dan itu. Semuanya mesti tidak redundant dengan kerja orang lain, tidak boleh cross kerja-kerja department lain dan tidak boleh main letak konon nak tunjuk dia banyak kerja.

Waktu ini, semua kerja-kerja hakiki seseorang pekerja akan terbongkar dan kita boleh lihat siapa makan gaji buta, siapa staf yang kaki bodek dan macam-macam lagi.

JD ni sangat penting untuk BOSS sebab setiap apa yang anda keluarkan kos untuk bayar gaji pekerja, anda berhak dan wajib tahu apa yang mereka buat sepanjang 1 bulan bekerja. Ini adalah HAK anda sebagai BOSS, majikan ataupun owner bisnes.

Kesilapan yang nampak simple dalam JD akan mengheret isu-isu dalaman kerja yang lain dan akan mempengaruhi kos syarikat. Bila anda senaraikan kerja, pastikan semuanya mesti dikira.

Boleh ke boleh BOSS? Kalau tak tahu kena tanya tau pada yang pakar.. Jangan main buat assumption.

#PakarHR
#HRKonsultan
#HRJantungBisnes
#HRFastTrack
#PakarHRGoTerengganu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top