Apa Jadi Kalau Tak Carum Perkeso ?

[APA JADI KALAU TAK CARUM PERKESO ?]
.
“Kena denda ke kalau tak carum?”…
.
“Denda yang bagaimana dikenakan?”…
.
Bagi majikan yang gagal berbuat demikian, akan dikenakan denda sejumlah RM 10,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali. Denda akan dikenakan keatas majikan yang gagal mencarum Perkeso selepas 31 Julai 2018.
.
Statistik menunjukkan peningkatan bagi majikan yang gagal mendaftar daripada 1,464 majikan pada Tahun 2015 kepada 1,608 majikan pada Tahun 2016.
.
Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso iaitu Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata tempoh pemutihan yang ditetapkan hanyalah sebulan bermula 1 Julai sehingga 31 Julai sahaja.
.
Perkeso akan melancarkan Ops Kesan bermula 1 Ogos bagi mengesan majikan yang gagal mendaftar dan membuat caruman untuk pekerja masing-masing.
.
Ini bermaksud tiada lagi tempoh lanjutan untuk caruman Perkeso selepas 31 Julai 2018 dan tindakan tegas akan diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
.
#BOSS DAH CARUM KE BELUM?
.
Like & Share
.
Follow telegram PakarHR Channel https://t.me/PakarHRChannel untuk nota & tips HR yang ringkas & padat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top