Setiap organisasi pastinya berkait rapat dengan pengurusan syarikat. Menyentuh tentang pengurusan organisasi, banyak pekara yang perlu dititikberatkan seperti Misi dan Visi, Strategi, Plan Pemasaran, Produk, Khidmat Pelanggan sehinggalah kepada Pengurusan Pekerja.
.
.
Langkah 1: Cari pekerja yang berkelayakan dan sesuai dengan jawatan diberi.
.
-Teknik pengambilan pekerja mesti menggunakan kaedah yang betul, asalkan pekerja tersebut memiliki status yang benar-benar layak untuk mengisi jawatan tersebut.
.
.
Langkah 2: Kelengkapan yang berkualiti untuk melaksanakan tugasan.
.
-Kita sebagai majikan hendaklah sentiasa bersikap terbuka. Letakkan diri anda di tempat mereka yang bekerja di bawah anda. Fikirkan dan teliti dengan sebaiknya, apa yang mereka perlukan untuk menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanya diri anda samada kelengkapan yang anda sediakan memenuhi keperluan mereka atau tidak.
.
.
Langkah 3: “Feedback” atau tindak balas yang positif.
.
-Sebagai majikan, anda seharusnya memberi maklum balas yang baik bagi setiap tugasan yang dilakukan oleh para pekerja anda. Ia amat penting dalam meningkatkan produktiviti mereka. Sebagai pekerja, mereka sentiasa ingin tahu adakah mereka melaksanakan kerja dengan baik dan betul.
.
.
Langkah 4: Pendedahan motivasi yang membangun dan bersemangat.
.
-Organisasi atau syarikat bukanlah sesuatu entiti yang boleh berkembang secara sendirinya. Mungkin peningkatan produktiviti, peningkatan tahap efisen, peningkatan keuntungan dan sebagainya menampakkan sesebuah organisasi kelihatan berkembang.
.
.
Langkah 5: Beri penghargaan.
.
-Fahami keperluan mereka, iktiraf dan berikanlah mereka anugerah atas kejayaan dan jasa mereka. Tunjuklan bahawa mereka begitu penting dalam organisasi anda. Terima dan bertoleransi dengan idea yang mereka berikan bagi meningkatkan organisasi anda.
.
Tips PakarHR
-Satu tips yang perlu disematkan dalam diri setiap insan ialah tanamkan rasa saling memerlukan antara satu sama lain. Hargai mereka sebagai satu organisasi dan bukannya orang bawahan. “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.”
.
.
Like & Share ya!
.
#PakarHR
#HRKonsultan
#HROutsource
Sumber Gambar : Google