fbpx

PENGARAH SYARIKAT DIDAKWA BUAT TUNTUTAN PALSU RM59560

PENGARAH SYARIKAT

Pengarah Syarikat didakwa buat tuntutan palsu sebanyak RM59,560. 😱Wuish banyaknya…😱

Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Seysen di Kuantan atas 4 pertuduhan membabitkan tuntutan palsu berkaitan Program Insentif Pengambilan Pekerja bernilai RM 59,560.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Menurut 4 pertuduhan, tertuduh selaku pengarah syarikat dengan niat memperdayakan PERKESO telah kemukakan borang pengesahan pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama perusahaan SP Agro Industry bagi tuntutan insentif di bawah Program Penjana 2.0 sebanyak jumlah RM59,560.

Tertuduh menyerahkan dokumen mengandungi penyataan palsu dimana 14 nama pekerja baharu yang dinamakan dalam dokumen tersebut bukannya pekerja SP Agro Industry Sdn Bhd atas tujuan untuk mengelirukan PERKESO.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM 30,000 dengan seorang penjamin dan diarahkan untuk melaporkan diri di Pejabat SPRM Temerloh setiap bulan bermula November dan diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Apa pendapat anda semua? Cer komen kat bawah.

RELATED POST