Bermula dari sebuah kedai hardware yang kecil pada tahun 2005 , kini cawangan Mr DIY dapat dilihat dihampir setiap negeri di seluruh Malaysia .
Mr DIY juga gah dalam pasaran Malaysia sebagai peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia . Mereka tawarkan lebih 30,000 jenis produk yang mana terdiri daripada barangan perkakasan rumah , barangan elektrik , alatan tulis , aksesori kereta , barang mainan dan juga barangan kosmetik serta lain lain . Bila kita nak cari sesuatu atau apa sahaja , DIY lah tempat majoriti daripada kita akan tuju dahulu .
Ini 3 rahsia terbesar MR DIY dalam growkan business
- Tingkatkan motivasi team
Bagi mereka , dengan sentiasa beri motivasi kepada team , team akan lebih produktif dan lebih mudah untuk capai target . Pihak pengurusan atasan atau barisan leader sentiasa turun padang pergi ke cawangan cawangan untuk melihat memantau team dan banyakkan berkomunikasi .
Dengan cara ini , team akan tunjukkan attitude yang baik kepada pelanggan .
- Sentiasa fokus kepada development team
Mereka sentiasa beri peluang sama rata kepada team berpotensi dengan sediakan pelbagai latihan dan sentiasa bantu team untuk terus maju dalam kerjaya . Ada pekerja yang dulunya hanya penjaga stor dan tiada pengalaman , kini berjaya jadi leader yang uruskan ratusan pekerja . Perkara inilah yang menyebabkan team boleh kekal setia dengan Mr DIY .
- Tetapkan strategic planning yang betul
Mereka tetap dengan slogan mereka iaitu sentiasa kekalkan harga rendah kepada pelanggan . Ini menjadi faktor utama cawangan yang dibuka sentiasa mendapat sambutan . Bukan itu sahaja , mereka adakan strategi produk untuk pastikan team faham setiap detail produk dan ada keunikan tersendiri kepada pelanggan . Selain itu , mereka dah berjaya buka anak anak syarikat iaitu MR DOLLAR dan MR TOY yang sangat memenuhi keperluan pelanggan .
…. dan ada banyak lagi rahsia kejayaan MR DIY untuk sustain dan grow kan bisnes ke seluruh Malaysia .
Nak growkan bisnes dan buka banyak cawangan macam MR DIY ?
Sertai program Founder Blueprint kami untuk bina perancangan bisnes anda sekarang .
#PakarHR
#HRJantungBisnesAnda #HRFastTrack