3 Rahsia Mydin Terus Sustain Sampai Sekarang

“Mydin berkembang dari kedai runcit kepada Pasaraya Besar: Ini 3 rahsia Mydin terus sustain sampai sekarang..”

Bila sebut je mengenai pasaraya borong di Malaysia, mesti setiap orang akan sebut nama Pasaraya Mydin atau Mydin Mohamed Holdings.

ini kerana Pasaraya Mydin merupakan salah satu pasaraya borong yang popular dikalangan peniaga-peniaga runcit sekarang.

Sekarang Mydin dah berjaya buka lebih 60 cawangan di seluruh Malaysia.

Ini 3 rahsia Mydin dalam sustainkan bisnes keluarga.

1. Keluar daripada ‘comfort zone’

Sentiasa tanamkan mindset ni, supaya bisnes boleh terus berkembang maju dan tak berterusan berada dekat takuk lama.

Dari awal penubuhan, Mydin tetap berani beroperasi walaupun terdapat terdapat persaingan dengan pasaraya besar yang lain.

2. Ada visi yang jauh dan jelas

Mydin berpegang pada matlamat dan visi yang sama, iaitu nak bawa bisnes barangan halal dan mampu milik kepada persada dunia.

Visi bisnes yang sama telah menyatukan team dalam usaha kembangkan lagi bisnes.

Visi yang luas kedepan ni juga membolehkan mereka merancang strategi bisnes dengan berkesan.

3. Ada perancangan bisnes yang strategik

Mereka sediakan planning yang berlainan dari market lain masa awal penubuhan, iaitu dengan jadikan bisnes sebagai pusat barangan halal dan selamat kepada semua pengguna.

Selain halal dan selamat, Mydin juga sediakan barangan yang mampu milik yang dapat ikat pengguna setia.

Mereka juga telah merancang strategi untuk pelbagaikan jenis produk jualan bila bisnes makin berkembang. Antaranya ialah peralatan elektrik, pinggan mangkuk, alat tulis, aksesori, pakaian dan lain-lain.

…dan banyak lagi rahsia macam mana nak sustainkan bisnes dengan adanya perancangan bisnes yang betul.

mydin

#PakarHR #HRKonsultan

#HRJantungBisnesAnda #Mydin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top