Pastikan team setia dan kekal lama!
Team setia berkhidmat dengan syarikat, membantu kemajuan bisnes. Kadang-kala bila bisnes dah grow ni, isu utama adalah team tak kekal lama, tak setia dengan syarikat sampai bila-bila.
Bila selalu hadap isu team tak kekal lama, mulalah bisnes stuck tak boleh nak kearah autopilot.
Oleh itu, penting bagi ketua/business owner untuk kekalkan team berkualiti.
Cuba apply 3 strategi ni kalau nak team kekal lama dan setia berkhidmat dengan syarikat.
Strategi 1:
- Beri rewards kepada staf sebagai tanda penghargaan atas usaha dan sebagai ganjaran prestasi bagus mereka.
- Rewards boleh datang dalam pelbagai bentuk, tak semestinya duit. Boleh juga dalam bentuk hadiah.
Strategi 2:
- Bina budaya yang positif.
- Pastikan rutin harian team dimulai dengan aktiviti kerohanian dan pupuk semangat kekitaan sesama staf.
Strategi 3:
- Jaga kebajikan staf.
- Pastikan gaji staf dibayar mengikut masa, sediakan kemudahan seperti ruang solat, ruang kerja dan keperluan pejabat yang lengkap agar tugasan dapat dibuat dengan efektif.
Jika ketua/owner tahu & apply strategi yang betul seperti di atas, syarikat pasti berjaya kekalkan team yang berkualiti dan bisnes mudah untuk sustain dengan adanya support daripada semua.
Ikuti media sosial kami untuk tahu lebih lanjut mengenai strategi yang dapat mengekalkan team yang berkualiti dalam syarikat:
Facebook: Pakar HR
Instagram: pakar_hr
Tiktok: pakarhr
Telegram: PakarHR Channel
Twitter: PakarHR_