“Ingatkan terminate staf bermasalah terus settle masalah, tapi dapat surat daripada JTK? Ini 3 perkara anda WAJIB apply..”
Tak dinafikan, hampir setiap Bisnes Owner terpaksa hadap isu staf bermasalah, sama ada masalah disiplin ataupun masalah prestasi.
Paling sakit bila staf tu bukan je tak perform, tapi suka buat masalah seperti selalu MC, selalu datang lambat, tak siap kerja dan macam-macam lagi.
Kalau ikutkan nak terminate staf yang macam ni. Tapi, anda berisiko disaman jika tiada tindakan yang betul dalam urusan isu disiplin staf ni.
Jadi apa yang sepatutnya anda wajib buat sebelum buat keputusan nak terminate?
1.Panggil dan buat kaunseling
Sesi kaunseling bukan sesi untuk cari masalah staf
Sesi kaunseling adalah sesi untuk tambah baik apa kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh staf tersebut supaya tak berulang lagi
Proses ini perlu dilakukan berdasarkan fakta, bukannya assumption!
2.Beri peluang untuk improve
Anda kena beri peluang kepada staf untuk improve dari segi performance ataupun baiki mana-mana kelemahan yang ada .
Lepas dah kaunseling, staf itu tahu macam mana nak betulkan kesilapan tersebut.
3.Sentiasa monitor dan review kerja
Ia perlulah dilakukan secara berkala.
Contohnya, anda diberitahu dia yang anda nak tengok sesuatu hasil kerja itu dalam masa seminggu lagi. Adakah awak buat dan boleh berikan manfaat kepada syarikat.
.
#PakarHR #TipsPakarHR
#HRJantungBisnesAnda #HRTips