3 Rahsia Di Sebalik Leadership Elon Musk Yang Wajib Ada Pada Semua Leader

Bagaimana Tesla jadi syarikat kereta yang paling berharga di dunia..”

Siapa yang tak kenal dengan Elon Musk, leader di sebalik kejayaan Tesla dan terkenal dengan SpaceX.

Dari satu idea ke satu idea inovatif yang lain buatkan Tesla terus berkembang sampai sekarang.

Elon Musk ialah seorang usahawan yang mengasaskan firma pembayaran elektronik Paypal dan membentuk Space X, pembuat kenderaan pelancar dan kapal angkasa.

Beliau juga merupakan salah seorang pelabur penting pertama dalam TESLA, serta ketua pegawai eksekutif, pengeluar kereta elektrik TESLA.

Ini 3 rahsia di sebalik leadership Elon Musk.

1. Leader yang inovatif

  • Beliau bina roket dan ada sasaran untuk pergi ke Marikh.
  • Beliau terkenal dengan keberaniannya dengan melihat masa depan.
  • Beliau sentiasa bawa team bersama-sama untuk berfikir secara inovatif.
  • Beliau sentiasa galakkan team untuk berfikir ke hadapan dan cepat-cepat ubah idea tersebut menjadi tindakan.

2. Leader yang memberi inspirasi

Kenapa dia dikatakan beri inspirasi?

  • Walaupun beberapa idea beliau tak dapat nak dicapai, beliau ada keupayaan untuk tarik minat orang ramai untuk capai impian.
  • Perkara yang membuatkan Musk adalah keupayaannya untuk buat orang percaya pada vision.
  • Musk juga ada semangat luar biasa yang dapat motivate team untuk buat perkara yang sama.
  • Team dapat rasakan komitmen dan semangat beliau untuk teruskan idea besar.

3. Leader yang pantas bertindak

  • Musk adalah seorang yang tegas dalam buat keputusan.
  • Beliau sentiasa bertindak cepat bagi sesetengah orang.
  • Beliau juga boleh memproses banyak maklumat secara serentak dan terus bertindak.

Semestinya inilah ciri-ciri sepatutnya ada pada leader supaya team dapat bawa team sama-sama capai target.

3 Rahsia Di Sebalik Leadership Elon Musk Yang Wajib Ada Pada Semua Leader

#PakarHR #HRFastTrack

#HRJantungBisnesAnda #HRTips

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top