Gen Y dan Gen Z: Bagaimana nak mengurus mereka?
Millennial dan Gen Z adalah dua generasi muda yang membesar dengan perubahan teknologi, tapi ada sikit perbezaan dalam cara mereka berfikir tentang kerja dan cara mereka bekerja.
Nak urus team yang pelbagai generasi ni, ada cara yang tersendiri. Tak semua boleh handle dengan cara yang sama.
Jom kami sharekan cara terbaik untuk urus team dari generasi milenial dan Gen Z dengan kenal pasti persamaan dan perbezaan utama antara kedua-duanya.
Generasi Y atau Millennial (1981-1994)
- Millennial lebih hargai kerja berpasukan dan perlukan input daripada orang lain.
- Millennial ada motivasi kerja bila bekerja dengan majikan yang bagi manfaat sosial dan keseimbangan kerja-kehidupan yang baik.
- Mereka juga sentiasa cari peluang untuk pembangunan professional.
- Anda boleh kekalkan bakat Millennial dengan sediakan banyak peluang latihan dan pembangunan professional untuk pastikan mereka terus berkembang maju melalui kerjaya mereka.
Generasi Z (1995 – 2009)
- Generasi Z ini lebih berdikari dan selalu fikirkan sesuatu perkara itu sendiri.
- Mereka lebih suka lihat bagaimana mereka boleh bagi kesan secara langsung dan bukannya bergantung kepada majikan mereka.
- Generasi Z cenderung untuk berdaya saing dan fokus kepada kejayaan individu.
- Mereka lebih suka majikan yang ada misi yang jelas untuk bantu mereka belajar dan berkembang. Jadi, anda harus tumpukan pada tarik bakat yang betul dan invest dalam pembangunan talent mereka.
#TipsPakarHR #HRTips
#HRJantungTipsBisnesAnda #HRKonsultan