4 Langkah Untuk Urus Pemberhentian Staf Dengan Baik

“Makin ramai pula staf berhenti menjelang tahun 2022 ni. Perlu risaukan staf yang pergi atau fokuskan staf yang tinggal?”

Ada bisnes yang makin grow, makin banyak hadap isu staf keluar masuk. Kadang-kadang sampai rasa tak sanggup nak ambil staf.

Tapi, perlu ke berterusan rasa ‘down’ dengan staf yang pergi sampai staf yang tinggal pun kita abaikan.

.

Kami nak kongsikan 4 langkah terbaik untuk hadapi isu staf berhenti dengan baik supaya tak tersilap langkah.

1. Sedar akan ‘impak’ anda sebagai bisnes owner.

‘Rehat sebentar’ dan pertimbangkan cara percakapan dan perlakuan anda.

Staf anda risau dan stress. Ada ke anda sengaja tambahkan rasa takut dan ketidakpastian mereka?
Bila anda sedar tentang impak anda, anda boleh kawal dan bawa team ke arah matlamat yang betul.

2.Beri Penghargaan dan perhatian sewajarnya kepada staf.

Rekrut semula staf anda yang sedia ada!

Kenal pasti di mana peluang untuk bisnes lebih grow
Hargai impak positif yang staf tersebut buat untuk syarikat
Tanya mereka tentang impian mereka dan buat perancangan untuk bantu mereka capai matlamat mereka.

3.Fokus pada potensi.

Apa hasil yang anda nak daripada pemberhentian staf ini?

Timbulkan rasa ingin tahu dan tanya staf anda:

“Apa hasil terbaik yang awak bayangkan untuk situasi ini?”
“Apa yang buatkan awak teruja tentang masa depan tu?
“Macam mana kita boleh capai hasil tu sebagai satu team?

4.Buatkan staf rasa selesa untuk berhenti.

Ia bantu sedarkan anda yang era pekerjaan sepanjang hayat di satu organisasi dah berakhir.

Bila ada staf berhenti, respond dengan rasa terima kasih atas segala usaha dan masa yang mereka luangkan di syarikat anda.
Mengakui macam mana kedua-dua belah pihak telah berkembang, dan bukannya lihat peletakan jawatan sebagai satu ‘rejection’.

#PakarHR #HRKonsultan #TipsHR

#HRJantungBisnesAnda #TipsPakarHR

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top