Bisnes Servis : 4 Sebab Kenapa Staf Takkan Kekal Lama Dalam Bisnes

“Untuk anda yang buat bisnes servis? Ini 4 sebab kenapa staf tak kekal lama dalam bisnes anda…”
.
Dah lama buat bisnes ni ingatkan dah ada ramai staf, baru sedar rupanya selama ni orang buat tempat kita ni macam hotel. Datang kalau nak kerja, berhenti kalau dah bosan
.
Bayangkan, punya pulun anda buat bisnes, tapi perkara ni rupanya punca bisnes anda tak boleh pergi lebih jauh.
.

Jom kami kongsikan punca staf tak kekal lama dalam bisnes anda 

1. Skop kerja tidak jelas

Sebaiknya, kita sediakan skop kerja yang jelas untuk staf supaya mereka jelas dengan tugasan mereka sebelum kita hire mereka.

2.Visi dan Misi tidak jelas

Majikan perlu jelaskan kepada staf tentang visi dan misi syarikat supaya mereka faham dan jelas dengan apa yang syarikat nak capai.

3.Tiada sistem kerja yang betul

Dengan adanya sistem kerja yang betul, ianya akan memudahkan gerak kerja untuk staf. Ini dapat senang kan staf untuk rujuk kepada siapa jika ada kekeliruan yang berlaku.

4.Budaya negatif di syarikat

Budaya negatif ini perlu dikesan dari awal, kerena ianya akan effect keselesaan staf untuk bekerja di syarikat. Jika ada budaya negatif, ianya akan menjadikan suasana di tempat kerja kurang best.

#PakarHR #HRKonsultant #TipsHR

#HRJantungBisnesAnda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top