“Apa nak jadi dengan team ni, prestasi makin hari makin drop! Cara apa lagi nak apply untuk naikkan motivasi team?”
.
Waktu krisis macam ni, kami yakin dan percaya ramai Bisnes Owner terpaksa hadap isu team tak perform. Makin hari makin lemau. Sale pun effect.
.
Ada yang dah naik gaji pun still sama je. Rewards pun dah banyak bagi. Tapi team tetap tak berubah.
.
Sebenarnya, nak tingkatkan motivasi kerja team ni bukannya semata-mata itu je. Jadi, kami nak kongsikan strategi yang Bos boleh apply
1. Pastikan sistem dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami
2. Pastikan keberkesanan saluran komunikasi (perhubungan)
3. Buat perancangan program latihan dan pembangunan pekerja yang tepat, mencukupi dan secara menyeluruh
Motivasi team ni bukan benda remeh yang kita boleh abaikan. Kalau tak perform, bukan sales syarikat je susah nak grow, bisnes pun boleh stuck tak berkembang.