3 Perkara Wajib Anda Perlu Buat Jika Staf Resign 24 Jam

“Staf tiba-tiba resign 24 jam, Bisnes Owner pening kepala? Ini 3 perkara anda WAJIB buat..”

Mesti ramai Bisnes Owner yang pernah hadap isu staf resign 24 jam ni. Bagi notis pun takde.

Ada yang biarkan je tanpa tindakan apa-apa, ada yang terus laporkan dekat JTK dan macam-macam lagi.

Jadi, kami nak sharekan tindakan yang sepatutnya Bisnes Owner buat bila hadapi staf resign 24 jam ni.

1.Buat kiraan berapa jumlah yang staf perlu bayar kepada majikan.

Dalam offer letter, anda perlu bagitahu kalau syarikat terminate staf yang nak berhenti, berapa bayaran yang akan ikenakan. Begitu juga sebaliknya. Kalau staf berhenti pun ada jumlah bayaran yang mereka kena bayar kepada syarikat.

2. Keluarkan surat tuntutan ganti notis berdasarkan jumlah tuntutan tersebut.

Surat tuntutan ganti notis adalah surat untuk maklumkan kepada staf tu berapa mereka perlu bayar balik kepada syarikat.

3.Buat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Kalau staf tak bayar tuntutan ganti notis, buat tuntutan di JTK dengan bawa dokumen pekerja untuk dapatkan hak majikan.

#PakarHR #HRKonsultant

#HRJantungBisnesAnda #TipsPkaraHR

#HRFastTrack

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top