5 Cara Melaksanakan Keselamatan Psikologi di Tempat Kerja Anda

1. Simpan Dasar Pintu Terbuka
– Kita sebagai majikan ke sentiasa buka pintu pejabat untuk pekerja. Kalau ada pekerja kita yang ada masalah, mereka tak suka orang lain tahu. Jadi mereka lebih suka bercakap terus dengan kita untuk luahkan masalah.
.
.
2. Ekspresikan Kelemahan
– Kita kena akui kesilapan kita dulu dan sekarang serta bagaimana kita atasinya untuk jadikan kita majikan yang bagus. Pekerja akan fikir kita bukan saja mudah didekati, tapi juga jadi penambah semangat bila mereka buat salah.
.
.
3. Bertanya Soalan
– Pimpin melalui teladan. Kalau kita nak pekerja kita banyak tanya soalan, kita kena tanya soalan kepada mereka dulu. Ini akan membuka perbualan yang pelbagai dan menarik dalam pasukan dan bukannya ahli pasukan yang duduk diam saja.
.
.
4. Tawaran Waktu Fleksibel
– Pekerja kita ada kehidupan di luar pejabat dan yang datang dengan tekanan tersendiri. Menawarkan waktu kerja yang fleksibel terutama bila pekerja alami masalah kecemasan yang perlukan mereka ambil cuti mengejut.
.
.
5. Menubuhkan Program Bonus Berpasangan
– Ini satu perkara yang menunjukkan pengiktirafan kita kepada pekerja. Tetapi ia lagi bermakna bila pekerja terima pengiktirafan untuk sumbangan dan pencapaian harian dari rakan sekerja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top