“Bisnes tak boleh beroperasi waktu krisis ni, boleh ke majikan bagi staf cuti tanpa gaji sesuka hati?” Ini 3 syarat untuk bagi cuti tanpa gaji kepada staf.
Dalam fasa Pandemik ni, semestinya banyak bisnes yang terpaksa tutup tak dibenarkan beroperasi. Bila dah tak boleh beroperasi, staf pun ada yang terpaksa diberikan Cuti Tanpa Gaji (CTG) ataupun terus diberhentikan.
Persoalannya, adakah anda sebagai majikan boleh beri CTG tanpa apa-apa syarat?
Untuk tahu dengan lebih jelas berkenaan pemberian CTG kepada staf, berikut kami kongsikan kepada anda syarat-syaratnya.
Syarat 1: Keluarkan Surat tawaran
- Ianya bukan bentuk paksaan, tetapu sebuah tawran kepada staf. Jadi, majikan perlu keluarkan satu bentuk tawaran kepada staf untuk mereka cuti tanpa gaji.
Syarat 2: Tidak Ada Unsur Paksaan
- Untuk mudahkan lagi, boleh berikan kepada staf anda dalam bentuk ‘Win-Win. Maksudnya, anda boleh tawarkan kepada staf, mungkin anda boleh bantu mereka dengan bantuan-bantuan yang lain untuk mereka.
Syarat 3: laporkan Kepada JTK
- Macam mana caranya? Ada dokumen yang anda perlu isi dan hantar kepada JTK untuk maklumkan bahawa anda jalankan CTG kepada pekerja.
Macam mana, cukup ke syarat-syarat ni?
- Sertai kami dalam program Business Owner Masterclass (BOM) sekarang di mana kami kongsikan 3 modul eksklusif yang dapat bantu mantapkan lagi pengurusan team syarikat anda waktu Pandemik ni.